Polis Melaka kesan enam lelaki terbabit pergaduhan

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka sedang mengesan enam lelaki berusia antara 24 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di Taman Sebang Mutiara Gadek, Alor Gajah pada 5 September lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka,Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, enam lelaki terbabit adalah Srishashindran a/l Sundra Siganan, 30; Thavaneswaran a/l R. Sinnappan, 30; SIvalingkam a/l Chelliah, 29; Kalithasan a/l Nadaraj, 29; Prem Kumar a/l T. Vasu, 27; dan Sanjit Kumar a/l Subramaniam, 29.

“Setakat ini, lapan individu berjaya ditahan dalam Op Cantas pada 6 hingga 7 September lalu, dengan seorang daripadanya telah dituduh di Mahkamah Alor Gajah di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

“Polis Melaka ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan memohon kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat, sehingga tertangkapnya individu-individu yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pada 5 September lepas, seorang lelaki berusia 34 tahun diserang sekumpulan lelaki dengan empat daripada penyerang bersenjatakan senjata tajam, di Taman Sebang Mutiara Gadek.

Berikutan itu mangsa mengalami cedera parah di tangan dan kaki akibat ditetak menggunakan senjata tajam berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: