X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Banjir di Melaka, Selangor semakin pulih

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman melihat maklumat jumlah mangsa yang dipindahkan ketika mengadakan lawatan di PPS SK Ayer Molek hari ini. Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Melaka dan Selangor semakin pulih apabila mencatatkan penurunan jumlah mangsa setakat petang Jumaat.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 849 orang daripada 215 keluarga sehingga 4 petang berbanding 1,105 orang daripada 283 keluarga pada 8 pagi Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri itu kekal sebanyak 12 buah.

Beliau berkata, di Melaka Tengah terdapat 485 mangsa daripada 110 keluarga yang ditempatkan di enam PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Berendam, SK Krubong, SK Taman Merdeka, SK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil.

“Di Alor Gajah seramai 103 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan SK Telok Berembang, manakala 261 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Seri Bemban, SK Tehel dan SJKC Shuh Yen," katanya.

Di SELANGOR, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi laman web jabatan itu memaklumkan setakat 5.21 petang tadi, tujuh PPS di Sepang masih dibuka yang dihuni 243 mangsa daripada 61 keluarga, berbanding 279 mangsa daripada 69 keluarga pada 8 pagi Jumaat.

PPS berkenaan ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Giching yang masih dihuni 51 mangsa, SRA Kampung Labu (62), SRA Kampung Dato Ahmad (78 ), Balai Raya Kampung Giching (satu), SRA Dengkil (44), Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Labu Lanjut (tujuh) dan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (tiada). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!