X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Adly Zahari fail semakan kehakiman bubar DUN dan batal PRN Melaka

Adly (dua dari kiri) memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembatalan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu serta-merta.

Adly selaku pemohon memfailkan semakan berkenaan petang Jumaat, menerusi menerusi Tetuan Gan Ho dan Razlan Hadri dengan menamakan empat pihak iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai defendan pertama manakala bekas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh defendan kedua.

Responden ketiga dan keempat masing-masing ialah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dan bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah, Adly yang juga Pengerusi PH Melaka memohon deklarasi bahawa tidak sah bagi responden pertama untuk menasihati responden keempat pada 4 Oktober atau sekitar tarikh itu untuk membubarkan DUN Melaka ke-14.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa nasihat responden pertama kepada responden keempat menurut Artikel 19(2) Perlembagaan Negeri Melaka tidak mempunyai keyakinan sebilangan besar ahli DUN dan merupakan ‘mala fide’ (berniat jahat).

“Sangat tidak munasabah bagi responden pertama untuk menasihati responden keempat pada tarikh sama untuk membubarkan DUN ketika pandemik atau endemik Covid-19 yang sedang berlaku di sini.

ADLY ZAHARI
ADLY ZAHARI

“Ketika baki daripada tempoh lima tahun DUN Melaka dari tarikh mesyuarat pertamanya sebelum ia terbubar,” katanya.

Selain itu beliau berkata, proklamasi responden keempat tentang pembubaran DUN Melaka dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Melaka bertarikh 5 Oktober adalah batal dan tidak sah.

Ini kerana Adly yang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka pada Mei 2018 hingga Mac 2020 berkata, nasihat untuk pembubaran itu tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN Melaka.

Selanjutnya beliau berkata, satu perintah certiorari (menghalang) bahawa Writ dan notis PRN yang dikeluarkan responden ketiga dibatalkan serta-merta.

Sementara itu, peguam, Razlan Hadri yang mewakili Adly berkata, tindakan mahkamah ini dibuat bagi memeriksa semula tindakan yang diambil oleh Sulaiman (ketika itu) dan Gabenor telah menuruti lunas-lunas Perlembangaan Melaka.

“Kami rasa, mungkin ada kekhilafan sedikit di situ dan kita nak tengok, apa pendapat mahkamah tentang isu-si berkenaan.

“Ringkasnya, kita failkan kes ini adalah untuk semak semula tindakan yang diambil pada 4 dan 5 Oktober lalu,” katanya dalam siding akhbar di luar Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 5 Oktober lalu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Beliau memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam sesi sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!