Jangan cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan FTX Eksesais Paradise 8/21 (Paradrop, Air Defence, Deep Strike, Insertion, Combat Search, Rescue and Extraction) mulai hari ini hingga 2 November depan melibatkan beberapa pangkalan udara di Semenanjung Malaysia.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, eksesais yang diadakan itu adalah untuk memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

“Justeru, sepanjang eksesais dijalankan, pesawat-pesawat ini akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung Malaysia yang telah digazetkan untuk lokasi eksesais,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

TUDM turut memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.

Artikel Berkaitan: