Jangan jual tanah: MB

Wan Rosdy menyerahkan surat hak milik kekal kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir Daerah Kuantan di Dewan Taman Sepakat pada Jumaat.

A
A
A

KUANTAN - Penerima surat hak milik tanah kekal di negeri ini tidak digalakkan menjual tanah yang dimiliki sebaliknya mereka disaran untuk membangunkan tanah tersebut dengan sewajarnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tanah yang dimiliki adalah aset bernilai yang perlu dikekalkan hak miliknya.

Menurutnya, harta (tanah) yang ada perlu dipertahankan untuk diwariskan kepada anak-anak atau waris pada masa akan datang.

"Kita kena ingat, tanah kini sangat terhad dan tidak mudah untuk mendapatkannya lagi.

"Justeru kerajaan negeri galakkan mereka kekalkan tanah tersebut untuk dibangunkan rumah dan sebagainya. Kalau jual juga, mungkin tiada lagi tanah yang boleh mereka miliki selepas ini," katanya.

Wan Rosdy menyerahkan replika cek bantuan wang ihsan banjir kepada Pegawai Daerah Kuantan,Tengku Datuk Norasmaliza Ku Lah pada Penyerahan Surat Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir Daerah Kuantan di Dewan Taman Sepakat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir Daerah Kuantan di Dewan Taman Sepakat di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahim Muda dan Timbalan Menteri Kewangan 1 yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Pada majlis itu, seramai 81 penduduk menerima surat hak milik tanah kekal masing-masing.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, sebanyak RM1.49 juta diperuntukkan untuk membantu 2,990 mangsa banjir di daerah ini dan bantuan itu dibiayai menerusi Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Melalui bantuan itu, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat akan menerima RM500," ujarnya.