'Dakwaan Klang bandar berbahaya di Asia adalah keterlaluan'

Ahli-ahli panel membentangkan pandangan masing-masing sewaktu penganjuran program berkenaan.
Ahli-ahli panel membentangkan pandangan masing-masing sewaktu penganjuran program berkenaan.
A
A
A

KLANG - Isu keselamatan di Klang telah ditangani secara bersepadu oleh semua agensi berkaitan mengikut bidang kuasa mereka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr Ahmad Fadzli Tajuddin berkata, fakta juga menunjukkan indeks jenayah di kawasan itu masih selamat dan terkawal.

Ahmad Fadzli berkata, MPK sentiasa bekerjasama dengan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan bandar itu selamat diduduki sejajar dengan konsep 'Klang Sejahtera'.

"Penyebaran berita yang mengaitkan Klang antara bandar berbahaya di Asia ditulis tanpa fakta dan boleh diragui kesahihannya," katanya ketika Program Jendela Klang yang berlangsung pada Khamis.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Kenyataan Ahmad Fadzli itu merujuk laporan sebuah portal berbahasa Inggeris yang mendakwa Klang berada di tangga pertama sebagai bandar yang tidak selamat serta kadar keselamatan yang rendah di Asia Tenggara.

Selain Klang, Kuala Lumpur disenarai sebagai tempat kedua manakala Manila, Filipina di tangga ketiga.

Klang juga turut disenarai tempat ketiga bandar berbahaya di Asia selepas Kabul di Afghanistan di tempat pertama dan Damascus, Syria tempat kedua.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, penyebaran berita tidak tepat itu bukan sahaja menjatuhkan imej Klang malah turut memberi persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

"Meletakkan Klang sebagai bandar berbahaya di Asia merupakan sesuatu yang keterlaluan dan tidak beretika," katanya.