Pengeluar Timah tidak mohon nasihat label

Semakan mendapati pengeluar wiski jenama Timah tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Semakan mendapati pengeluar wiski jenama Timah tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengeluar wiski jenama Timah tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerusi kenyataannya, bahagian itu memaklumkan pihaknya tidak memberi apa-apa kelulusan berkaitan pelabelan.

Sebaliknya, BKKM menawarkan khidmat nasihat pelabelan makanan bagi memastikan label mematuhi peruntukan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Semakan mendapati syarikat ini tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada BKKM," katanya pada Jumaat.

Ujar BKKM, pihaknya memantau pelabelan makanan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Walau bagaimanapun, Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan apa-apa perkataan yang menyatakan penggredan, kualiti atau kelebihan atau apa-apa perkataan yang mempunyai maksud yang sama digunakan sebagai jenama.

"Oleh yang demikian, jenama seperti Timah, Omar dan lain-lain tidak menggambarkan penggredan, kualiti atau kelebihan, maka perkara ini tidak tertakluk di bawah Peraturan 18(1A)," katanya.

Beberapa pihak sebelum ini menyatakan bantahan penggunaan label Timah pada arak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jenama itu dianggap berkaitan penggunaan nama orang Melayu iaitu singkatan Fatimah selain ia dekat dengan nama puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah al-Zahra’ RA.