Agong penentu bila PRN Sarawak: Annuar Musa

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Sarawak masih lagi berada dalam tempoh Proklamasi Darurat sehingga Februari tahun depan.

Beliau berkata, negeri tersebut sudah mencapai masa untuk mengadakan pilihan raya tetapi perlu dilihat kepada aspek perundangan.

“Jadi nak mengadakan pilihan raya itu ada proses undang-undang yang terkait dengannya. Saya percaya kerajaan negeri melihat kepada aspek-aspek perundangan kalau nak adakan pilihan raya.

“Tetapi itu terpulang kepada kerajaan negeri dan penangguhan itu terkait dengan penguatkuasaan akta darurat yang masih berkuatkuasa sehingga tempoh tertentu.

“Maka kuasa-kuasa itu ada pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Parlimen,” katanya memetik laporan Awani pada Jumaat.

Pada 30 Julai lalu, Seri Paduka Baginda mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh Sarawak sehingga 2 Februari tahun depan sekali gus menggantung PRN12 daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Annuar mengakui ada berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung PRN12.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini desas-desus berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin diperkatakan.