E-sukan: UiTM sasar hantar wakil ke Sukan Olimpik 2028

Roziah (depan, tengah) melakukan senaman bersama pelajar UiTM di DATC pada Jumaat.
Roziah (depan, tengah) melakukan senaman bersama pelajar UiTM di DATC pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) meletakkan sasaran bagi menghantar wakil atlet mereka ke temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angelas, Amerika Syarikat.

Naib Canselornya, Prof Dr Rodziah Mohd Janor berkata, dalam merealisasikan hasrat itu, institusi itu telah mengambil inisiatif bagi menubuhkan Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub) yang berperanan sebagai sebuah pusat dalam memajukan sukan itu.

Beliau berkata, sewaktu mengharungi pandemik Covid-19 sebelum ini, UiTM juga melaksanakan kejohanan e-sukan dalam Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) Virtual Edition yang berlangsung selama lapan hari pada awal tahun ini.

"Fakulti Pendidikan juga terlibat dengan e-sukan dan mereka mempunyai perancangan bagi melibatkan pelajar UiTM dalam temasya berkenaan.

"Saya bersemangat ada pihak yang merancang untuk melahirkan atlet e-sukan ini walaupun perjalanannya masih jauh," katanya selepas Program Santai UiTM yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai sukan membabitkan penglibatan wanita, Roziah berkata, pihaknya berhasrat memajukan sukan bola sepak wanita di UiTM.

Beliau berkata, sewaktu sesi bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad baru-baru ini, pihaknya turut menyuarakan hasrat bagi menubuhkan skuad bola sepak wanita melibatkan kakitangan UiTM Seremban yang bergiat aktif dalam sukan itu.

"Saya juga tiada halangan sekiranya Pusat Sukan UiTM Shah Alam ingin mewujudkan pasukan bola sepak wanita kerana kita mempunyai kemudahan diperlukan," katanya.

Artikel Berkaitan: