X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Rokok seludup RM189,200 dirampas dalam rumah

Rokok bernilai RM189,200 yang dirampas selepas menahan seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas pada Khamis.
A
A

PASIR MAS - Polis merampas 94,600 batang rokok seludup bernilai RM189,200 selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dangar di sini pada Khamis.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan pada jam 11 malam selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, hasil pemeriksaan menemui kotak rokok seludup yang disimpan di satu ruang dalam rumah itu.

"Hasil soal siasat, suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau itu mengaku rokok tersebut adalah miliknya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Mohd Nasaruddin berkata, pihaknya akan melipatkan gandakan rondaan dan operasi bagi mengekang jenayah di Pasir Mas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!