'Juventus lebih bagus jika Ronaldo tinggalkan pasukan lebih awal'

Chiellini (kiri) menyifatkan Ronaldo sepatutnya meninggalkan Turin lebih awal untuk memastikan Juventus tidak terkesan dengan ketiadaan pemain kelahiran Portugal itu.
Chiellini (kiri) menyifatkan Ronaldo sepatutnya meninggalkan Turin lebih awal untuk memastikan Juventus tidak terkesan dengan ketiadaan pemain kelahiran Portugal itu.
A
A
A

GIORGIO Chiellini menyifatkan pasukan gergasi Itali itu boleh menjadi lebih bagus musim ini sekiranya Cristiano Ronaldo meninggalkan Juventus dan menyertai Manchester United lebih cepat daripada apa yang telah dilakukannya.

Menurut tonggak pertahanan Juventus itu, tindakan Ronaldo yang meninggalkan pasukan beberapa hari selepas saingan Serie A bermula memberikan impak besar kepada pasukan itu.

"Sebelum Ronaldo meninggalkan pasukan, kami sudah mencapai satu tahap hubungan dan Ronaldo memerlukan inisiatif serta pasukan baharu yang boleh bermain untuknya. Apabila Ronaldo mendapat pasukan yang mengikut kehendaknya, maka dia boleh menjadi penentu perlawanan.

"Dia sudah membuktikannya dalam beberapa bulan dan telah menunjukkannya dalam tiga tahun dia bersama kami. Jika Ronaldo kekal di sini, ia akan menjadi nilai tambah dan kami dapat gunakan kemampuannya.

"Tetapi, saya tahu dia lebih fikirkan mengenai masa sekarang daripada masa depan.

"Dia meninggalkan pasukan pada 28 Ogos dan saya rasakan lebih baik jika dia tinggalkan pasukan lebih awal. Ketika dia tinggalkan pasukan, ada sedikit kejutan dan kami gagal meraih kemenangan dalam beberapa perlawanan.

"Jika dia meninggalkan pasukan pada 1 Ogos, kami akan ada masa untuk membuat persiapan," katanya.

Juventus memulakan saingan liga musim ini dengan persembahan kurang memuaskan apabila gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan awal Serie A selepas Ronaldo meninggalkan pasukan itu.

Artikel Berkaitan:

Namun, selepas hampir dua bulan, skuad Bianconeri itu kembali pada landasan sebenar dengan merekodkan tujuh perlawanan tanpa kalah dan akan berdepan seteru utama, Inter Milan pada Isnin.