Agenda pecah belah solidariti Melayu cubaan perkasa PH

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
A
A
A
SHAH ALAM - Sebarang agenda bersifat memecahbelahkan solidariti kelompok teras Melayu, Islam dan bumiputera merupakan percubaan untuk memperkasakan semula Pakatan Harapan (PH), kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau mendakwa, PH amat berharap dan menantikan saat UMNO tidak lagi dalam saf penyatuan ummah.

“Sebarang agenda bersifat memecah belah solidariti kelompok teras, iaitu Melayu/Islam/Bumiputera adalah ramuan tepat dan merupakan percubaan memperkasa semula PH.

“Setakat ini muafakat Melayu bersama rakan lain yang sederhana dan setia kawan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) telah berkali-kali menggagalkan perancangan cikgu dan maulana PH,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak timbul isu kelewatan membuat keputusan berhubung kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandangkan perkara tersebut sudah lama diputuskan sejak Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.
Artikel Berkaitan:


Pada Rabu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO belum memutuskan sama ada bergerak secara sendirian atau bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.