Emma Raducanu mencari jurulatih baharu

Raducanu. - Foto Tennis World USA
Raducanu. - Foto Tennis World USA
A
A
A

BINTANG tenis sensasi Emma Raducanu kini sedang berusaha mencari jurulatih baharu setelah tidak lagi berlatih dibawah seliaan Andrew Richardson.

Menurut Raducanu, biarpun Richardson telah melatihnya sejak di peringkat remaja selain membantunya muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (US Open) September lalu, dia tetap mahu mencari seorang jurulatih berwibawa dan lebih berpengalaman di peringkat Persatuan Tenis Wanita (WTA).

“Kepada mana-mana jurulatih berpengalaman di luar sana, anda tahu bagaimana untuk menghubungi saya.

“Saya tidak bergurau dalam perkara ini (mencari jurulatih), jika sesiapa yang tahu mengenai mereka juga boleh menghubungi saya,” katanya.

Kenyataan Raducanu yang muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (US Open) September lalu difahamkan telah menarik minat beberapa jurulatih.

Antara jurulatih yang dikatakan berminat untuk melatih Raducanu ialah seperti Darren Cahill dari Australia, Carlos Rondriguez (Argentina), Esteban Carril (Sepanyol).

Sementara itu jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) dan Michael Joyce, dia tidak faham dengan tindakan Raducanu yang mahu mencari jurulatih baharu pada ketika ini.

Menurut Joyce yang pernah melatih bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova, Raducanu seharusnya terus berlatih di bawah seliaan Richardson yang telah melatihnya sebelum ini dan kemudiannya membantunya memenangi Grand Slam pertamanya apabila muncul Terbuka Amerika Syarikat (US Open).

Artikel Berkaitan:

“Saya terkejut dengan kenyataan Raducanu yang mengatakan dia ‘berpisah’ dengan Richardson dan mencari jurulatih yang berpengalaman di peringkat jelajah (tour).

“Saya juga tidak suka dengan kenyataan daripadanya. Jika dia memiliki seorang jurulatih yang baik dan semua perancangan berjalan lancar, dia seharusnya terus menjalani latihan di bawah jurulatih itu dan bukannya mencari jurulatih lain yang ada ‘nama’ dalam sukan tenis,” katanya.