Mangsa banjir di Melaka meningkat 1,105 orang

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS negeri ini.
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS negeri ini.
A
A
A

MELAKA - Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada seramai 1,105 orang berbanding 932 mangsa pada petang Khamis yang ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat jam 8 pagi Jumaat, empat PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka, SK Ayer Molek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di daerah Melaka Tengah serta SK Telok Berembang di daerah Alor Gajah.

Menurutnya, daerah Melaka Tengah mencatatkan paling ramai mangsa terjejas iaitu 718 orang di enam PPS dari 173 keluarga diikuti Jasin 266 mangsa daripada 72 keluarga dan Alor Gajah seramai 121 daripada 38 keluarga.

Sebahagian mangsa banjir di PPS SK Taman Merdeka beratur untuk mengambil makanan.
Sebahagian mangsa banjir di PPS SK Taman Merdeka beratur untuk mengambil makanan.

"PPS di SMK Dang Anum di daerah Jasin telah ditutup berikutan air surut di kawasan terbabit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, lokasi terjejas banjir termasuk di sekitar Tengkera, Kampung Morten, Sungai Putat, Bukit Beruang, Malim Permai, Desa Duyong, Ayer Keroh, Taman Rambai Jaya, Kampung Sungai Badau, Bakar Batu, Balai Panjang dan Kampung Kolam.

"Kawasan banjir di Alor Gajah pula melibatkan Kampung Dalong, Kampung Danun, Parit Melana, Kampung Padang Keladi, dan Bukit Balai.

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di negeri ini.
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Di Jasin beberapa kawasan yang masih terjejas antaranya Pekan Merlimau, Jasin Bestari, Asam Kumbang, Lubuk Kasau dan Tehel," katanya.