Anak Kelantan diminta pulang berbakti

Azmin bersama tetamu lain merakam kenangan bersama pada majlis tersebut hari ini.
Azmin bersama tetamu lain merakam kenangan bersama pada majlis tersebut hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Anak Kelantan di perantauan dicabar supaya segera pulang berbakti dan membangunkan negeri mereka sendiri.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mereka mampu mencipta pelbagai kejayaan di luar negeri dan sudah tiba masanya, ia disalurkan ke negeri ini.

Menurutnya, rakyat negeri ini terkenal dengan kejayaan dalam bidang akademik, politik, keusahawanan dan perkhidmatan awam.

“Sudah lama mereka menjadi antara penyumbang kepada ekonomi negara dan kini ia boleh dijadikan sebagai strategi untuk naikkan kemakmuran Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan juga akan membantu menerusi suntikan modal prasarana dan logistik sekali gus ia menaikkan semangat rakyat Kelantan untuk kembali semula bagi menyuburkan serta mengukuhkan semangat federalisme di sini,” katanya, selepas Program Ministerial Talk Series di UMK Kampus Kota, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Mengulas lanjut Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) berkata, kerajaan baharu PH ingin mengenepikan tradisi kepartian yang melampau, tetapi menumpu kepada pembangunan di Kelantan.

Katanya, berdekad lamanya, pengaruh politik yang tidak berkesudahan mencacatkan pertumbuhan ekonomi dan memberi kesan kepada rakyat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: