X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Rangka tulang dinosaur dijual lebih RM31 juta

Rangka tulang dinosaur triceratops dilelong oleh Firma Lelongan Drouot di Paris pada Khamis. - Foto EPA-EFE
A
A

PARIS - Rangka tulang dinosaur triceratops yang paling besar dijumpai di bumi setakat ini dilelong pada harga euro 6.6 juta (RM31.91 juta) kepada seorang pengumpul dari Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Harga itu termasuk yuran lelongan dan ia dilelong di Firma Lelongan Drouot dan akan kembali ke AS iaitu negara yang menjadi tempat penemuan rangka tulang tersebut lebih sepuluh tahun lalu.

Rangka tulang dinosaur itu yang diberi gelaran 'Big John' ditemui di South Dakota, AS pada tahun 2014 oleh seorang ahli paleontologi manakala tulang-tulangnya disusun di Itali.

Ahli paleontologi tersebut menemui 60 peratus tulang dinosaur yang hidup 66 juta tahun lalu itu.

Pengumpul di AS tersebut akan mendapat sebanyak 200 tulang termasuk tengkorak selebar 2 meter (m).

Pembelinya menewaskan 10 lagi pembida dengan tiga daripadanya bertindak menaikkan harga tawaran pada saat-saat akhir.

Seorang ahli paleontologi yang memantau lelongan itu, Lacopo Briano berkata, dia tidak menyangka harga lelongan tersebut boleh mencecah setinggi itu.

Bagaimanapun, lelongan itu jauh lebih rendah berbanding harga rangka tulang dinosaur Tyrannosaurus rex yang dilelong pada harga AS$31.6 juta (RM131.39 juta) di New York. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!