Kejayaan saya dalam politik tidak tercapai tanpa peranan Sabaruddin: Ismail Sabri

Ismail Sabri menyifatkan Sabaruddin sebagai mentor politik beliau yang tidak mampu dibalas jasanya. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri menyifatkan Sabaruddin sebagai mentor politik beliau yang tidak mampu dibalas jasanya. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkongsi kejayaannya dalam bidang politik sehingga menjadi Perdana Menteri berkata, semuanya adalah atas jasa dan peranan 'sifu’ beliau, Tan Sri Sabaruddin Chik.

Dalam catatan di Facebook, Ismail Sabri berkata, bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu adalah mentor yang telah mendidik beliau dalam arena politik.

"Dari lantikan sebagai Ketua Penerangan Bahagian Temerloh sewaktu saya berumur 27 tahun, sehinggalah melantik saya sebagai Setiausaha Politik beliau pada tahun 1995-1999 sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

"Jasa beliau tidak ternilai besarnya dan tidak mampu saya balas. Kejayaan saya di dalam politik sehingga menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai tanpa peranan Tan Sri Sabaruddin Chik.

"Tanpa beliau tentu saya tiada di sini. Sebab itu lah sehingga sekarang saya terus menghormati dan bersama sifu saya ini,” katanya.

Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi gambarnya bersama Sabaruddin, 79, yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 hingga 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan: