Budak dua tahun maut, ibu parah dilanggar lori

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah lori dari arah belakang di Kilometer 4 Jalan Mawai-Kuala Sedeli, Kota Tinggi, pada Khamis.

A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas motosikal ditunggang ibunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori di Kilometer 4 Jalan Mawai-Kuala Sedeli di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, mangsa dan ibunya yang berusia 21 tahun datang dari arah Kuala Sedeli menghala ke Mawai.

"Tiba-tiba motosikal Yamaha Legenda 115Z(E) ditunggang ibu mangsa telah dilanggar oleh sebuah lori jenis Nissan dipandu seorang lelaki berusia 21 dari arah belakang iaitu arah yang sama.

"Akibat pelanggaran tersebut penunggang wanita itu mengalami kecederaan parah manakala manakala anaknya yang membonceng meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, wanita tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan: