Mesyuarat MPFN lulus dua dasar utama perancangan bandar, desa: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika kunjungan hormat secara maya Menteri Pertahanan Lima Negara sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (FDMM) ke-11 dan Sambutan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke-50 di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) hari ini meluluskan dua dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, serta bersetuju terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat MPFN ke-39 itu berkata, dua dasar berkenaan yakni Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4) dan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RFZPPN-2), disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“RFN merupakan dokumen peringkat tertinggi dalam sistem perancangan guna tanah negara.

“Selaras dengan keperluan peruntukan di bawah subseksyen 6B (4) Akta 172, RFN hendaklah dikaji semula setiap lima tahun, selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun atau jika dan apabila diarah oleh MPFN,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

RFN4 disediakan untuk menentukan arah tuju pemajuan fizikal termasuk ekonomi, alam sekitar dan sosial bagi seluruh kawasan perancangan di Semenanjung dan Labuan serta memerlukan penglibatan pelbagai pihak di setiap peringkat perancangan dan pembangunan. - Bernama

Artikel Berkaitan: