Satu lokaliti di Pahang dikenakan PKPD

Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat.Gambar hiasan
Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat.Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu membabitkan Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub.

"Tarikh tamat PKPD pada 4 November ini. Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Rodzi mengumumkan bahawa tiada pelanjutan dan penamatan PKPD.

Artikel Berkaitan: