10 kenderaan parkir di bahu jalan dirempuh lori

Tular rakaman CCTV memaparkan lori berwarna putih (dalam bulatan) terlebih dahulu dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah dan sebuah lagi kenderaan
Tular rakaman CCTV memaparkan lori berwarna putih (dalam bulatan) terlebih dahulu dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah dan sebuah lagi kenderaan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 buah kenderaan yang diparkir di kawasan belakang Parcel E, Kompleks Kerajaan dekat sini mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori pada Khamis.

Dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular, lori berwarna putih itu terlebih dahulu dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah dan sebuah lagi kenderaan di hadapan yang diparkir di sebelah kiri bahu jalan.

Lori tersebut kemudiannya mengundur dan melanggar sekali lagi kereta berwarna putih sebelum meneruskan perjalanan dan melanggar beberapa kenderaan lain.

10 buah kenderaan yang diparkir di kawasan ini dirempuh lori pada Khamis.
10 buah kenderaan yang diparkir di kawasan ini dirempuh lori pada Khamis.

Sementara itu dalam rakaman video berasingan yang turut tular menunjukkan kereta-kereta yang terlibat mengalami beberapa kerosakan antara patah cermin sisi, kemik pada bahagian badan dan sebagainya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pemandu lori berkenaan berjaya dikesan.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu lori dan 10 pemilik kereta yang terlibat dalam insiden itu kini dalam perjalanan untuk membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Ditanya adakah polis akan mengeluarkan saman terhadap pemilik kereta yang parkir di bahu jalan, beliau berkata, siasatan akan dijalankan terlebih dahulu.

"Kita siasat dulu punca sebenar kejadian kerana kereta di parkir kiri dan kanan, maka laluan jalan jadi sempit.

Selepas menunggu lama, mungkin lori berkenaan cuba lolos dengan melaluinya," katanya.