X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

PH putuskan Norhizam bukan calon PRN Melaka

Norhizam
A
A

KUALA LUMPUR- [DIKEMAS KINI] Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan bahawa ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan sebagai calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

“Dalam isu empat bekas ADUN, PH telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini. Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen PH, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit dalam mesyuarat hari ini.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden turut memutuskan bahawa Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon PH dalam PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Majlis Presiden PH turut bersetuju melantik Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya PH Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!