Pejabat Ketua Menteri Sarawak nafi sebarang mesyuarat pembubaran DUN

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Tidak ada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri berlangsung sama ada pada Khamis mahupun esok, menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada beberapa laporan media semalam yang mengatakan Abang Johari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan pada Khamis.

"Pejabat Ketua Menteri Sarawak ingin menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat sedemikian, sama ada pada Khamis mahupun esok sebagaimana yang dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, beberapa media melaporkan ada sumber mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada Khamis untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Pada 31 Julai lepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan proklamasi darurat diteruskan di Sarawak sehingga sehingga 2 Februari depan susulan ancaman pandemik Covid-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan. -Bernama

Artikel Berkaitan: