Pengedar air ketum dicekup

Seorang lelaki yang dipercayai pengedar air ketum dicekup bersama bahan terlarang tersebut bernilai RM8,970 dalam serbuan di Kampung Padang Embun, Pasir Mas pada Rabu.
Seorang lelaki yang dipercayai pengedar air ketum dicekup bersama bahan terlarang tersebut bernilai RM8,970 dalam serbuan di Kampung Padang Embun, Pasir Mas pada Rabu.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki yang dipercayai pengedar air ketum dicekup bersama bahan terlarang tersebut yang dianggarkan bernilai RM8,970 dalam serbuan di Kampung Padang Embun, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 7.30 malam semasa berada di dalam kereta jenis Proton Wira di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, polis telah menjumpai 357 liter air ketum dan daun ketum seberat 180 kilogram (kg)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, suspek turut mengaku kedua-dua bahan terlarang itu adalah miliknya dan mendapat bekalan daripada seorang lelaki Siam yang dikenali sebagai Tan.

Beliau berkata, suspek turut mengaku menerima upah daripada Tan sebanyak RM100 sehari sebagai penghantar air ketum.

Polis turut merampas 144 botol kodien selepas menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang pada Khamis.
Polis turut merampas 144 botol kodien selepas menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Nasaruddin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek turut positif dadah Methamphetamine dan semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.

"Polis kini sedang giat mengesan individu yang dikenali sebagai Tan bagi membantu siasatan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis merampas 144 botol kodien selepas menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Katanya, suspek terbabit ditahan selepas polis terserempak dengan kereta yang dipandunya dalam keadaan mencurigakan pada jam 5.45 pagi.