X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Tipu guna nama TMJ: Polis kesan dua beranak bantu siasatan

P Kuganathan, M Parameswaran
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan dua beranak bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pertukaran matawang asing yang membabitkan nama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua individu yang juga lelaki tempatan itu dipercayai masih berada di dalam negara dengan alamat terakhir mereka adalah di Perak.

“Mereka ini dikenali sebagai M Parameswaran, 64, dan P Kuganathan, 34, yang mana alamat terakhir mereka adalah di Taman Sibilin, Ipoh, Perak.

“Kita masih mengesan kedua-dua suspek ini untuk membantu siasatan selepas tiga individu lain telah kita ambil kenyataan mereka. Buat masa ini kami percaya mereka masih di dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ayob berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, dua lelaki terbabit mendakwa mereka pernah bekerja dengan Istana Johor.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!