Daka dalam kelas tersendiri

Rodgers meraikan kemenangan bersama Daka selepas perlawanan menentang Spartak Moscow di Stadium Spartak Moscow. - Foto AFP
Rodgers meraikan kemenangan bersama Daka selepas perlawanan menentang Spartak Moscow di Stadium Spartak Moscow. - Foto AFP
A
A
A

PATSON Daka tampil menjaringkan empat gol ketika membantu Leicester City bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Spartak Moscow dalam perlawanan Liga Europa di Stadium Spartak Moscow awal pagi Khamis.

Jaringan pemain dari Zambia berusia 23 tahun itu pada minit ke-45', 48,' 54' dan 78' sudah cukup memadamkan tiga gol tuan rumah Aleksandr Sobolev (11', 86') dan Jordan Larsson (44') dalam perlawanan tersebut.

Empat gol jaringan bekas pemain Salzburg itu membolehkannya menjadi pemain kelima menjaringkan empat gol sejak penjenamaan semula Liga Europa daripada Piala UEFA, yang pertama daripada Willian Jose yang bersama Real Sociedad pada 2017.

“Ia merupakan sesuatu yang sukar gambarkan dengan perkataan mengenai kemenangan dengan empat gol ini, namun ia sesuatu yang menakjubkan buat saya dan pasukan.

“Kemenangan ini merupakan hasil kerjasama berpasukan, dan saya teruja menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.

Tiga mata di Moscow itu menyaksikan skuad Brendan Rodgers melompat ke tangga kedua Kumpulan C, di belakang Legia Warsaw, satu mata mengatasi Spartak ketiga.

Artikel Berkaitan: