X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Penjual susu kambing didakwa tetak lelaki

Tertuduh, Muhamad Irfan Mat Naih (dua dari kiri) dibawa polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menetak Nur Azizi Noruddin, 28, pada 9 Oktober lalu.
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjual susu kambing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap pertuduhan menetak seorang lelaki pada Khamis

Tertuduh, Muhamad Irfan Mat Naih, 21, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan sebilah parang terhadap Nur Azizi Noruddin, 28, sehingga mengalami cedera, patah tulang lengan dan retak tulang paha kiri di sebuah kawasan kebun Bagan, Kampung Dewan Kecil, Labok, Machang pada jam 11.45 malam, 9 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 6 Disember depan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!