X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Warga emas patah pergelangan tangan dipukul anak dengan kayu

Mohamad Fakhrudin
A
A

PETALING JAYA - Seorang warga emas berusia 73 tahun patah pergelangan tangan akibat dipukul dengan sebatang kayu oleh anaknya yang merupakan penagih dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Pelangi Damansara di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berkenaan disahkan mengalami kecederaan itu sewaktu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek memukul ibu kandungnya itu selepas warga emas tersebut enggan memberikan wang kepadanya.

"Warga emas berusia 73 tahun itu membuat laporan polis sekitar jam 3.24 petang, pada Selasa. Pada hari sama iaitu sekitar jam 11.30 malam, polis dari Balai Damansara menahan suspek yang berusia 45 tahun.

"Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja sering bertindak agresif dengan memukul dan meminta wang daripada pengadu untuk membeli dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!