Dewan Negara ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya

Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang Rabu, meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang Rabu, meninggal dunia awal pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Khamis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia 3.11 pagi ini, ketika terlibat membantu mangsa banjir di Melaka.

Ucapan itu dizahirkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, mewakili kesemua ahli Dewan Negara.

"Suatu berita yang cukup menyedihkan buat kita semua pada pagi ini mendengar perkhabaran bahawa PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh yang terlibat dalam kemalangan semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Melaka telah meninggal dunia hari ini.

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar pada pasukan bomba Malaysia. Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya sebelum sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib bermula Khamis.

Rais mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.

Ismail sebelum memulakan sesi penggulungan turut merakamkan ucapan takziah dan mengajak senator beragama Islam membaca surah al-Fatihah.

"Saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada negara dan pasukan bomba," katanya.

Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang Rabu, meninggal dunia awal pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa dan anggota bomba lain di situ yang menyedari kejadian berkenaan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat. - Bernama