Niaga hadapan KLCI rendah pada tengah hari

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.

Pada rehat tengah hari, Oktober 2021 merosot 10.0 mata kepada 1,595.50, November 2021 dan Disember 2021, masing-masing berkurangan 9.0 mata kepada 1,596.00 dan 1,594.50 dan Mac 2022 susut 7.0 mata kepada 1,583.50.

Jumlah dagangan sebanyak 3,236 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,705 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 7.24 mata kepada 1,599.08 pada 12.30 tengah hari. -Bernama

Artikel Berkaitan: