Newcastle minta peminat tidak pakai pakaian Arab Saudi

Beberapa penyokong Newcastle memakai penutup kepala ala Arab Saudi ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak melibatkan kelab itu di Stadium St James' Park, Newcastle baru-baru ini. - Foto Goal Twitter
Beberapa penyokong Newcastle memakai penutup kepala ala Arab Saudi ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak melibatkan kelab itu di Stadium St James' Park, Newcastle baru-baru ini. - Foto Goal Twitter
A
A
A

LONDON - Newcastle United pada Rabu meminta para peminatnya tidak memakai pakaian tradisional Arab bagi meraikan kejayaan satu konsortium yang diketuai Arab Saudi mengambil alih kelab bola sepak itu.

Ia juga meminta para penyokongnya supaya tidak memakai pakaian tersebut semasa menyaksikan perlawanan di stadium kerana ia menyalahi budaya tempatan dan mampu menyinggung perasaan orang lain.

Sejak pengambilalihan itu berjaya dilakukan baru-baru ini, ramai penyokong kelab tersebut pergi ke Stadium St James' Park, Newcastle memakai pakaian tradisional Arab seperti memakai penutup kepala ala lelaki Arab Saudi.

Sebahagian penyokong kelab tersebut didapati memakai jubah dan penutup kepala itu semasa mereka menyaksikan perlawanan antara Newcastle dengan Tottenham pada Ahad lalu.

Pada pertandingan itu, Tottenham menewaskan Newcastle dengan keputusan 3-2.

Pengambilalihan yang bernilai AS$420 juta (RM1.7 bilion) itu yang melibatkan Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media diluluskan oleh Liga Perdana England pada awal bulan ini.

Kelab itu kini berada pada tangga kedua terbawah di Liga Perdana England dan tidak memenangi sebarang mata kemenangan dalam musim ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: