Trump rancang lancar media sosialnya sendiri

DONALD TRUMP - Foto AFP
DONALD TRUMP - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pada Rabu bahawa beliau mahu melancarkan media sosialnya sendiri yang dikenali sebagai 'Truth Social'.

'Truth Social' itu akan dimiliki oleh Trump Media & Technology Group (TMTG) dan dijangka dilancarkan dengan menjemput para pengguna menyertainya pada bulan depan sebelum beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

Para pengguna boleh membuat tempahan awal media sosial itu menerusi aplikasi Apple Store, menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

TMTG juga berhasrat melancarkan perkhidmatan langganan video yang akan melibatkan penyiaran satu program hiburan yang akan diketuai oleh Scott St John iaitu seorang produser eksekutif.

St John berjaya menjadikan satu siri program pemainan televisyen AS iaitu 'Deal or No Deal' menjadi popular dan beliau juga produser ekskutif program hiburan 'American's Got Talent'.

Trump pernah dilarang daripada menggunakan perkhidmatan media sosial seperti Facebook dan Twitter pada permulaan tahun ini selepas para penyokongnya merusuh di Bangunan Capitol, Washington pada 6 Januari lalu.

Facebook mengharamkan Trump selama dua tahun sejak 7 Januari lalu selepas beliau membuat komen yang didakwa menyebabkan rusuhan sehingga menyebabkan lima orang maut di bangunan tersebut.

Twitter turut menggantung akaun Trump yang mempunyai lebih 88 juta pengikut atas risiko bahawa beliau boleh mencetuskan 'api keganasan.' - Agensi

Artikel Berkaitan: