Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.55 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan tender lelongan julat tempoh matang RM5 bilion untuk empat hingga 32 hari, tender Program Murabahah Komoditi RM500 juta untuk 61 hari dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) RM7 bilion selama tujuh hingga 32 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM34.2 bilion dan RM20.1 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -Bernama

Artikel Berkaitan: