PGA tumpaskan aktiviti edar dadah didalangi lelaki tempatan

Sebahagian dadah yang dirampas di Paya Bakau Bagan Pasir di sini pada Rabu.
Sebahagian dadah yang dirampas di Paya Bakau Bagan Pasir di sini pada Rabu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memutuskan kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang warga tempatan di kawasan Paya Bakau Bagan Pasir di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan dalam 'Op Benteng Covid-19' selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.30 tengahari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas lelaki tersebut, pihaknya telah menjumpai 26 paket lut sinar berisi ketulan kristal dan serbuk putih dengan anggaran berat sebanyak 33.80 gram dipercayai dadah jenis heroin.

"Turut ditemui 12 paket plastik lut sinar dan dua tiub straw berisi ketulan kristal serta serbuk putih dengan anggaran berat 08.10 gram dipercayai dadah jenis syabu selain sebijil pil dipercayai dadah jenis Eramin 5 dengan anggaran berat 0.20 gram yang disembunyikan di dalam sebuah bekas plastik," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Rizal berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas seberat 42.10 gram dengan anggaran nilai pasaran bernilai RM1,415.

"Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tanjong Karang untuk tindakan lanjut dibawah Seksyen 39 B, 39A(1) & 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB( 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: