X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Chelsea garang di London

Andreas Christensen menjaringkan gol pertama Chelsea ketika melayan kunjungan Malmo di Stadium Stamford Bridge awal pagi tadi. - Foto Champion League
A
A

CHELSEA meraih kemenangan terbesar di laman sendiri di bawah kendalian Thomas Tuchel apabila membelasah Malmo 4-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kali terakhir The Blues melakar kemenangan terbesar di laman sendiri adalah ketika bekas pengendali Frank Lampard mengendalikan kelab tersebut dalam perlawanan Piala FA menentang

Morecambe pada Januari.

Sementara itu, kemenangan terbesar Tuchel bersama Chelsea adalah kemenangan 4-1 mengatasi Crystal Palace di Selhurst Park musim lalu.

Biarpun begitu, kemenangan aksi Kumpulan H ini terpaksa dibayar harga mahal apabila The Blues kehilangan dua tonggak Romelu Lukaku dan Timo Werner yang mengalami kecederaan pada babak pertama.

Gol kelab London dalam perlawanan itu dijaringkan Andreas Christensen pada minit kesembilan, penalti Jorginho (21') dan (57') dan Kai Havertz (48') sekali gus menyaksikan The Blues mengumpul enam mata mengekori rapat Juventus yang berkelebihan tiga mata.

Kemenangan di laman sendiri itu juga menyaksikan The Blues bangkit kekalahan 0-1 kepada Juventus dalam aksi di Turin sebelum ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!