Wallace sasar suku akhir Piala Dunia Remaja

Wallace Tan menyasarkan pasukannya untuk mara ke saingan suku akhir Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar India pada November depan. Gambar kecil: Wallace Tan
Wallace Tan menyasarkan pasukannya untuk mara ke saingan suku akhir Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar India pada November depan. Gambar kecil: Wallace Tan
A
A
A

PENGENDALI skuad projek khas negara, Wallace Tan menyasarkan pasukannya untuk mara ke saingan suku akhir Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar India pada November depan.

Menurut Wallace, ia sasaran yang relevan untuk dicapai pasukannya selepas skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Chile, Belgium dan Afrika Selatan.

"Kami meletakkan sasaran untuk layak ke suku akhir. Jadi, kami akan memberi fokus dan kita akan hormati setiap pasukan lawan yang akan dihadapi.

"Kami juga akan ambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan akan memastikan pasukan dapat memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan," katanya.

Skuad muda negara giat melakukan persiapan dan baru sahaja selesai menyertai Siri Jelajah United Kingdom yang menyaksikan para pemain mendapat pengalaman dan pendedahan berguna.

Secara keseluruhan skuad muda negara dibarisi pemain Bawah 21 Tahun (B-21) merekodkan dua kemenangan dan satu seri dalam lapan perlawanan sepanjang siri jelajah itu yang bermula 3 Oktober lalu.

Skuad bimbingan Wallace gagal mencatat kemenangan pada empat aksi pertama selepas tewas kepada Repton HC 0-2, B-21 England (2-3), B-21 England (0-2) dan Hampstead & Westminster HC (1-3).

Namun, bangkit mencipta kejayaan pada aksi kelima dan keenam apabila menundukkan skuad B-23 Wales 2-1 serta B-21 England 5-4 sebelum seri dan tewas pada kedua-dua aksi menentang Scotland.

Artikel Berkaitan:

"Daripada siri jelajah tersebut, kami dapat bermain beberapa perlawanan dan belajar banyak perkara. Moral pemain sangat baik dan juga bertambah semangat untuk menghadapi Piala Dunia Remaja.

"Sekarang kami tumpukan pada recovery dan juga kami akan tumpukan pada latihan untuk perbaiki beberapa aspek dalam permainan sebelum berlepas ke India," katanya.