Anggota bomba pengsan ketika selamatkan mangsa banjir

Seorang anggota bomba dipercayai pengsan semasa melakukan kerja-kerja penyelamatan di Sungai Putat di sini pada Rabu.
Seorang anggota bomba dipercayai pengsan semasa melakukan kerja-kerja penyelamatan di Sungai Putat di sini pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah dipercayai pengsan semasa melakukan kerja-kerja penyelamatan di Sungai Putat di sini pada Rabu.

Kejadian jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang memasang tali di kawasan banjir untuk membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir, namun disedari anggota bomba lain.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu dan menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.

Mangsa kemudian diberi bantuan awal pernafasan (CPR) dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut dengan menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Melaka, Penolong pesuruhjaya Abu Bakar Katain mengesahkan insiden yang menimpa anggota berusia 47 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah.

Difahamkan mangsa masih menerima rawatan di hospital, namun belum sedarkan diri.

Artikel Berkaitan: