Melaka dilanda banjir kilat

Dua individu terkandas ketika melalui jalan di Jasin Bestari, Jasin akibat banjir kilat pada Rabu.
Dua individu terkandas ketika melalui jalan di Jasin Bestari, Jasin akibat banjir kilat pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Hujan lebat berterusan lebih empat jam di Melaka telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan terutamanya di daerah Jasin, Melaka Tengah, dan Alor Gajah pada Rabu.

Hujan yang bermula pada jam 1 petang sehingga kini turut menyebabkan beberapa laluan terpaksa ditutup susulan berlakunya takungan air di kawasan terbabit.

Antara kawasan yang dinaiki air termasuk di Ayer Keroh, Krubong, Kampung Sungai Putat, Asam Kumbang Bemban Jasin, Jasin Bestari, Kampung Padang Keladi dan Bukit Tambun Alor Gajah.

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bemban di daerah Jasin, Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di daerah Alor Gajah dan SMK Tun Mutahir di daerah Melaka Tengah.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti 36 lokasi banjir di seluruh negeri ini.

"Daripada jumlah itu, 20 lokasi banjir membabitkan daerah Melaka Tengah, sembilan di daerah Alor Gajah dan selebihnya di daerah Jasin.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir belum dapat dimaklumkan kerana mereka kini dalam proses pendaftaran," katanya.

Artikel Berkaitan: