98.2 peratus kes positif Covid-19 kategori satu, dua

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 98.2 peratus atau 5,414 daripada kes baharu yang dilaporkan positif Covid-19 pada Rabu adalah kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 102 kes atau 1.8 peratus lagi merupakan kategori tiga hingga lima.

"Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 ialah 2,407,382. Kes baharu terdiri daripada 14 kes import dan 5,502 kes adalah penularan dalam negara.

"Sebanyak 669 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 333 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 9,401 kes pula direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sembuh.

"Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 2,297,289 bersamaan 95.4 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata, hanya empat kluster baharu dikenalpasti KKM membabitkan tiga kluster tempat kerja dan satu pendidikan.

Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,699 yang mana 5,085 daripadanya diisytiharkan tamat manakala sebanyak 614 kluster masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Putrajaya dan Negeri Sembilan kekal merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi iaitu masing-masing 1.03 mengatasi Rt negara, 0.88.

Kuala Lumpur pula turut mencatat nilai Rt melebihi 1 iaitu 1.01 manakala negeri-negeri lain berada di paras bawah 0.95 dan Sarawak merekodkan nilai Rt terendah, 0.08.