X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Lelaki ditahan buat panggilan 180 kali sehari terhadap bekas kekasih

Seorang lelaki di Itali ditahan kerana membuat panggilan telefon 180 kali sehari terhadap bekas kekasihnya dan turut mengancam mahu membunuhnya. - Foto 123RF
A
A

ROM - Polis Itali menahan seorang pengintai maya yang didakwa membuat panggilan telefon kepada bekas kekasihnya sebanyak 180 kali sehari dan mengancam mahu membunuhnya.

Polis pada Selasa memaklumkan, lelaki berusia 56 tahun itu sering mengekori bekas kekasihnya selain turut merosakkan kereta wanita berkenaan, lapor Agensi Berita ANSA.

Dia ditahan di Bari, Puglia.

Antara ancaman terakhir lelaki itu kepada bekas kekasihnya adalah, "Kisah ini hanya akan tamat apabila saya bunuh awak." - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!