'Semoga mereka ini diberikan hidayah'

Jad Issa mencetus kontroversi apabila ‘menyerang’ pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM). (Gambar kecil: Abd Jalil)
Jad Issa mencetus kontroversi apabila ‘menyerang’ pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM). (Gambar kecil: Abd Jalil)
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya sudah biasa menghadapi kecaman seperti ini," demikian reaksi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan berhubung tindakan kekasih usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, Jad Issa yang mempersendakan dirinya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Abd Jalil berkata, beliau hanya berserah kepada ALLAH SWT bagi menghadapi situasi sebegini.

"Saya dah biasa menghadapi kecaman seperti ini, kepada ALLAH kita berserah.

"Semoga mereka ini akan diberi petunjuk dan hidayah," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Isnin, Jad Issa mencetus kontroversi apabila secara tiba-tiba ‘menyerang’ pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Melalui satu hantaran di InstaStory, lelaki dikenali sebagai Jadoos itu memuat naik sekeping gambar mempersendakan Abd Jalil dengan meletakkan topi di kepala dan berkaca mata hitam.

Artikel Berkaitan: