X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Muktamar: Pas tunggu keputusan mesyuarat kawasan

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU - Pas masih belum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pertandingan atau sebaliknya dalam Muktamar ke-67 parti itu yang dijangka berlangsung pada November depan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setiap kawasan baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat agung dan akan menghantar keputusan kepada Pas pusat

"Dari sini, akan tahu sama ada mahu diadakan pertandingan atau tidak. Dijangka, selepas 25 Oktober ini baru kami dapat jawapan mengenai pertandingan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim di sini, pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Muktamar Pas ke-67 dijadualkan berlangsung pada November tahun ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia akan diadakan secara hibrid mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan lokasi utamanya di Terengganu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!