Peluang menang RM10,000 menerusi Ikon Agro Selangor 2021

Pendaftaran untuk Pencarian Ikon Agro Selangor 2021 dibuka bermula 19 Oktober hingga 24 Oktober ini.
Pendaftaran untuk Pencarian Ikon Agro Selangor 2021 dibuka bermula 19 Oktober hingga 24 Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 bagi pencarian Ikon Agro Selangor 2021.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, lima kategori dipertandingkan terdiri daripada sektor pertanian, penternakan, akuakultur, industri asas tani dan agropelancongan.

"Calon agropreneur yang menepati kriteria akan dipilih menjadi Ikon Agro Selangor 2021 dan memenangi hadiah berupa wang tunai serta bantuan input pertanian dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 seorang," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, peserta boleh mengisi borang permohonan di pautan https://forms.gle/UNrXbzDAyZmPbmKu5 bermula 19 Oktober hingga 24 Oktober.

"Syarat penyertaan mestilah berumur 18 tahun ke atas, mengusahakan pertanian di Selangor, mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama sendiri serta mempunyai penyata kewangan lengkap selama tiga tahun.

"Untuk persatuan dan koperasi pula hendaklah menghantar maklumat lengkap dan aktif dengan perniagaan," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata, senarai pendek calon ikon agro akan diumumkan pada 28 Oktober.

Tambah beliau, ikon terpilih berperanan membimbing agropreneur baharu berkecimpung dalam bidang pertanian serta menjadi duta kecil pertanian untuk negeri Selangor.

Artikel Berkaitan: