18 kelab tolak penajaan berkaitan pemilik

Timbul kebimbangan pemilik baharu Newcastle United akan menandatangani perjanjian menguntungkan dengan syarikat milik Arab Saudi. - Foto FB Newcastle United
Timbul kebimbangan pemilik baharu Newcastle United akan menandatangani perjanjian menguntungkan dengan syarikat milik Arab Saudi. - Foto FB Newcastle United
A
A
A

SEBANYAK 18 kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) memutuskan mengenakan larangan sementara terhadap kelab daripada menandatangani perjanjian komersial dan penajaan yang mempunyai hubungan dengan pemilik kelab berikutan isu pengambilalihan konsortium Arab Saudi ke atas Newcastle United.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar, berikutan timbul kebimbangan yang pemilik baharu Newcastle United akan menandatangani perjanjian menguntungkan dengan syarikat milik Arab Saudi.

Difahamkan sebanyak 80 peratus pemilikan dalam Newcastle United dimiliki konsortium Dana Perlaburan Awam (PIF) Arab Saudi selepas pembelian The Magpies daripada pemilik sebelum ini Mike Ashley.

Biarpun begitu undian tersebut ditentang Newcastle manakala Manchester City menolak setelah peguam kelab tersebut menasihati pemilik kelab bahawa undian itu tidak sah.

Artikel Berkaitan: