Berjasa usul tiga perkara menerusi Belanjawan Berwibawa 2022

Lukman (dua dari kanan) mengetuai Berjasa menyerahkan cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 kepada Mohd Shahar (dua dari kiri) pada Selasa.
Lukman (dua dari kanan) mengetuai Berjasa menyerahkan cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 kepada Mohd Shahar (dua dari kiri) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga perkara penting diusulkan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dalam memorandum cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 ke Putrajaya.

Berjasa diketuai Setiausaha Agungnya, Ir Ts Lukman Al Hakim menyerahkan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah pada petang Selasa.

“Berjasa memohon supaya usaha pemulihan dan pemerkasaan tapak warisan dunia, sebagai contoh Tapak Ekskavasi Sungai Batu yang diiktiraf sebagai tamadun tertua Melayu.

“Kita berharap lokasi berkenaan perlu digembleng bagi memastikan identiti negara kekal terpelihara," katanya.

Selain itu, katanya, isu dana Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) turut diberi perhatian dalam cadangan belanjawan berkenaan supaya tidak mengulangi dan tiada penyalurkan ke arah dana tersebut.

“Kami juga menggesa tiada lagi dana kerajaan disalurkan kepada SMPC yang jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada malam Selasa.

Beliau berkata, Berjasa turut memberi perhatian kepada insentif bantuan rakyat yang dilihat perlu diteruskan demi menjamin kelangsungan hidup dalam berdepan situasi sukar pasca pandemik.

Dalam masa sama, beliau berharap cadangan yang diusulkan itu dipertimbangkan dengan sewajarnya, sekali gus diluluskan dalam pembentangan Bajet 2022.

Artikel Berkaitan:

“Kami akan melancarkan dokumen Belanjawan Berwibawa 2022 yang penuh pada 27 Oktober ini, ditunjangi tujuh teras utama memuatkan 100 cadangan,” jelas beliau.

Tambah beliau, tujuh teras utama tersebut ialah pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat pasca pandemik, pelaburan modal insan serta kesiapsiagaan watan.

"Empat lagi teras utama ialah kelestarian watan, integriti watan, inovasi teknologi watan dan keselamatan watan," ujarnya.