Bersatu utamakan calon ada integriti, maruah

Eddin Syazlee Shith
Eddin Syazlee Shith
A
A
A

SHAH ALAM – Pemilihan calon parti Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan ditentukan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Datuk Eddin Syazlee Shith bagaimanapun berkata, keutamaan pemilihan calon adalah berdasarkan kriteria mempunyai integriti dan bermaruah.

“Kita akan mengekalkan prinsip kita iaitu integriti dan bermaruah. Itu kita punya slogan. Saya percaya Presiden akan memilih berdasarkan perkara itu.

“Selain itu, isu-isu tempatan, lokaliti serta isu-isu nasional mungkin diambil kira dalam soal calon. Tapi itu kuasa Presiden. Saya tidak boleh komen lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon-calon yang akan ditampilkan parti berkenaan pada PRN Melaka nanti.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, antara pertimbangan parti itu ialah penampilan calon-calon muka baharu dan segar untuk bertanding.

“Selain itu, ada lebih kesaksamaan jantina bagi mencerminkan kematangan dan kepelbagaian dalam kalangan pengundi di Melaka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Shahril Sufian
Shahril Sufian