Kisah ‘cinta’ Iqbal-Vida sudah naik menyampah pula

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida
A
A
A

BEBERAPA minggu lalu Merak Jalanan ada terbaca di media sosial mengenai kisah anak muda bernama Iqbal yang bersungguh-sungguh mahu menyunting tauke kosmetik, Datuk Seri Vida.

Pada waktu itu, tertarik juga la sebab selepas beberapa tahun sendiri, Vida akan kembali bertaut kasih. Lagi menarik, apabila Vida disunting oleh pembantu sendiri yang jauh lebih muda.

Tapi selepas beberapa lama kisah mereka nampaknya tidak ubah seperti drama TV petang. Melihat video tular campak-campak duit, kisah drama cinta Iqbal dengan Vida bagaikan sengaja dibesar-besarkan.

Daripada menarik, ada sesetengah daripada kita kini sudah mula jadi menyampah sebab perjalanan kisah 'cinta' mereka bagaikan satu strategi pemasaran digital.

Media sosial dan portal gila trafik bagaikan diperkuda sehabis-habisnya untuk menyebarkan kisah cinta pasangan ini.

Bak kata orang dalam dunia digital hari ini, Bad news is still good news and sell faster.

Namun, sejak sehari dua ini, Merak Jalanan rasa laporan tentang pasangan ini semakin melampau. Ada kisah datang rumah jam 3 pagi, ada kisah sihir dan bermacam-macam lagi.

Merak Jalanan rasa eloklah rakyat Malaysia move on dan semua media berhenti daripada melaporkan berita-berita yang tidak membina pemikiran seperti ini.

Artikel Berkaitan:

Benar banyak portal yang mencari trafik, tapi biarlah bahan berita sekurang-kurangnya ada makna kepada masyarakat.

Berita hiburan dan santai memang bagus untuk rilekskan otak, tapi bila dah makin melampau kita pun pula jadi kemurungan.

Berbalik kes Iqbal-Vida, kalau betul niat baik, teruskanlah cara baik. Orang Melayu kaya adat, ada cara nak petik bunga di taman orang.

Kalau tak jadi berhenti sajalah.