Lukisan mural tarikan pintu masuk Kampung Bentong

Pelajar Kolej Vokasional Kluang sedang menyiapkan lukisan mural di permukaan tembok loji IWK yang terdapat di pintu masuk ke Kampung Bentong, Kluang.
Pelajar Kolej Vokasional Kluang sedang menyiapkan lukisan mural di permukaan tembok loji IWK yang terdapat di pintu masuk ke Kampung Bentong, Kluang.
A
A
A

KLUANG - Penduduk Kampung Bentong di sini mempunyai cara tersendiri mengindahkan pintu masuk ke kampung itu iaitu dengan lukisan mural.

Ketua Kampung Bentong, Zailan Kadir, 62, berkata, lukisan mural dengan motif patriotik menjadi tarikan dan keunikan di kawasan berkenaan.

Katanya, mural berkenaan dilukis pada empat tembok loji Indah Water Konsortium (IWK) yang terletak di pintu gerbang ke kampung berkenaan.

"Idea ini datang selepas mahu mencantikkan muka kampung kerana terdapat loji IWK di kawasan pintu masuk utama Kampung Bentong.

"Pihak pengurusan kampung mengupah empat pelajar Kolej Vokasional Kluang untuk melukis mural itu dengan kos RM1,000 setiap satu bahagian. Semua empat bahagian itu kosnya RM4,000," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, separuh kos tersebut ditanggung pihak IWK, manakala separuh lagi melalui sumbangan penduduk kampung.

Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (kiri) beramah mesra dengan pelancong dari Rusia yang melawat dan terlibat program Kampung Bentong, Kluang.
Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (kiri) beramah mesra dengan pelancong dari Rusia yang melawat dan terlibat program Kampung Bentong, Kluang.

Selain lukisan mural, katanya, bahagian tembok itu turut mempunyai lukisan memaparkan produk-produk yang terdapat di kampung tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kita memaparkan produk dan tarikan di kampung ini, contohnya pengunjung boleh menyewa basikal mengelilingi kampung selain terdapat tempat memancing bagi kaki pancing," katanya.

Menurutnya,kebun buah-buahan dan ternakan kerbau untuk dilawati juga menjadi keistimewaan di kampung berkenaan.

"Selain itu kita sedang berbincang dengan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) untuk mencantikkan kawasan masuk kampung dengan landskap. Semua ini kita lakukan kerana terdapat loji IWK di pintu masuk kampung ini," ujarnya.

Tambah Zailan, pihaknya sedang berbincang menambah lukisan mural di enam bahagian tembok IWK tersebut dalam tahun ini.