Nelayan cari kerang ditemui lemas

Mayat mangsa dijumpai terapung dibawa untuk diserahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan Bomba Perak
Mayat mangsa dijumpai terapung dibawa untuk diserahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

LUMUT - Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencari kerang di Kuala Panchor, Pantai Remis di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Shahril Daud, 33, disedari hilang selepas sampan dinaikinya dibiarkan terapung tanpa pengendali sekitar 1.5 batu nautika dari jeti berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung nelayan hilang pada jam 3.35 petang.

Hanya sampan milik mangsa ditemui tanpa pengendali dicurigai lemas. - Foto ihsan Bomba Perak
Hanya sampan milik mangsa ditemui tanpa pengendali dicurigai lemas. - Foto ihsan Bomba Perak

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bersama 10 bot nelayan Bagan Panchor.

"Operasi membabitkan radius pencarian sekitar 500 meter. Mangsa akhirnya ditemui terapung oleh nelayan sekitar jam 7 petang.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 7.30 petang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: