X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

KKM kesan 134 varian membimbangkan

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 134 lagi kes baharu kesemuanya melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) virus SARS-CoV-2 bagi tempoh 7 hingga 19 Oktober, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 132 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351), menjadikan jumlah keseluruhan kes VOC di negara ini, kini sebanyak 2,366.

Katanya, perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes bagi varian Delta yang dikesan adalah 2,128 kes dan varian Beta (224 kes).

“Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) mengenal pasti 79 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) mengesan 10 kes varian Delta, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) (tujuh kes varian Delta) dan Malaysia Genome Institute (MGI) dengan satu kes varian Delta.

“Sementara itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti 37 kes melibatkan 35 varian Delta dan dua kes varian Beta,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.

Jelas Dr Noor Hisham, tiga negeri yang mencatatkan kes baharu varian Delta tertinggi adalah Johor dengan 43 kes, diikuti Negeri Sembilan 18 kes dan Melaka sebanyak 15 kes.

Bagaimanpun, tiada kes baharu membabitkan varian mempunyai kepentingan (VOI) dikesan dalam tempoh sama.

Untuk rekod, VOC lain yang pernah dikesan di Malaysia ialah varian Alpha dengan jumlah kes setakat ini sebanyak 14 kes, manakala bagi kes VOI melibatkan 13 kes varian Theta, varian Kappa (empat kes) dan varian Eta (tiga kes). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!